short INTRO

My photo
kota bharu, Kelantan, Malaysia
salam.ukhuwah(: nik haneez amizan bt. nik rosdi.

Tuesday 5 November 2013

kisah anak Papa di Jepun ^^



#coretan khas untuk the readers; mostly me, family, and friends. enjoy reading! ;)

24 Oct 2013
Packed up all the things needed, fly  from KB-KL-TOKYO airport. Totally mixed feeling but wishing to be more exciting. before that tukar duit dulu sbb dekat Jepun nnti, rate dia makin tinggi hmm. ohh lupa nk mention, kalau nk tukar duit, I prefer Maybank rather than other places, u know what I mean hee. atas flight MAS, n makan mcm mcm ‘nasi lemak or omellete?’ “nasi lemak please” hihi blurppp Alhamdulillah kenyang utk seketika.






25 Oct 2013
Safely arrived, Alhamdulillah. Cuaca dimaklumkan sedikit hujan dan suhu around 17oC. omma, sejuk! Like I said before, kalau kt rumah boleh la jugak on off aircond, tp kt cnie xleh aiyoo! Kita smpae tepat pada pukul 7.32 pagi. Wahh hebat laa. sama mcm info yg disediakan. X ceoat dan x lambat. *kagumdisitu*. Smpae je kat airport, dan melepasi kastam what-so-ever, kita pun buka mata luasluas, looking for someone that hold Papa’s name. ok bila dah greetings semua, dtg la seorang petugas yg mcm polis kot, tegur aku. Apa lagi, hangguk2 je lah haha. Rupanya nk check passport je J ok sambung. ‘someone’ tu merupakan driver kiteorang from Narita Airport to Ueno (tempat hotel kita bermalam utk sehari). Kiranya dia bekerja utk syarikat travelling agent di sana. Alhamdulillah nasib baik Papa boleh cakap jepun drpd haku ni reti hangguk n greetings saja kiki. So dalam perjalanan tu, dia introduced lah serba sedikit ttg Jepun, her background, interesting place, stations and transport, the weather, and so on. What a surprised, dijangka harini dan esok akan dilanda taufan. Hmm.

Lebih kurang sejam, kami pun sampai.. Oops dekat Jepun sini, masa check-in adalah pukul 2 petang onwards, and check-out at 10.00 a.m. masa tu pukul 9 kot kita smpai dekat Inn tu, boleh letak luggages, tp xleh masuk bilik. Mmg btul2 pukul 2 baru dpt masuk. Ok, apalagi, berjalanlah kteorang. There are 2 places that my brother had suggested to shop; Asakusa and Ameyoko. 
Well tempat2 ni je yg murah, yg lain bapakk mahal. Erkk, xdelah mahal sgt tp bg kita mahal lah kan. Satu keychain 500yen tahuuu? Haa convert sendirik. Tp dekat 2 tempat ni, 300yen lah, worth to buy. Pergi sana mudah je, naik train J train ni pulak ade byk Line. Aku pun x pandai sgt. Harapkan Papa je muahaha *gelak sopan*.
the two top photos; map and keadaan di station Jr.
 Lupa pulak nak mention psl harga tiket. Contohla kita sekarang berada di Inaricho St(G7), nk pergi ke Asakusa(G9), so harganya dah state awal2 dkt board dpn machine, just pakai machine tu utk beli tiket. Harganya 180yen. (gambar). Lepas beli tu, lalu dkt ’kaunter’(I don’t know what we called it haha), and masukkan tiket to pass us and naik train. Train every 3 minutes, tepat pada waktunya wuhuu. Orang time ni x ramai sgt sbb peak hours pukul 8 pagi n 5 ptg. So berpeluang utk duduk hehe. 



 


Sampai di Asakusa, turun stesen n start lah jalan. Comel n cantik tempatnya. Start shopping terus hahaha. Mula2 haku jumpa stokin 3 pasang harga 1000yen. Kalau 1 400yen. Bg aku murah dah tp masa tu lupa nk convert rupanya aku beli 1 stokin berharga rm12! dkat msia ni aku pakai stokin paling mhal pun rm5.Omo tp dh nk buat mcm mana x pikey kahkah nasib. Dekat sana jugak aku bli keychain, magnet, bookmarks, tshirt, and green tea. Tu semua orang tempah aigooo. Jalan punya jalan, orang punyalah ramai, pegi temple terbesar dyorg, dalam hujan renyai2 nye, amek gmb slagi boleh, dah kira macam nk tercabut lutut sebab x duduk, kita pun bajet lah nk balik, duk main agak2 dgn Papa,

Papa: jomlah balik. Boleh dah check-in slow2 ni.
Aku: Anez pun letih dah ni…pukul brapo dh? jomlah blik..
Papa pun tgk lah jam.. guess what, mcm x percaya baru pukul 11! Terkedu di situ seketika. Hanya mampu gelak. Hahaha masing2 ingatkan dah pukul 2.. padahal baru sejam berjalan plus cuci mata. Tu pun dah penat. Then decide utk cari tempat duduk fuhh letih.

Next destination: Ameyoko.
Disebabkan still ada byk masa, kami pun pergi Ameyoko. Aku x ingat train mana, yg pasti tukar Line kot. Hmm. Sampai sana pun kira tgh hari gitu, jalan punya jalan n beli apa yg patut, ohh  lupa nk mention, Ameyoko is more like pasar. Ade jual kudamono(buah-buahan), ikan2 segar, seafood, and so on. Aku beli strawberry sbb nmpak manis n sedap, harganya 700yen. Jalan punya jalan, n pusing belakang sbb nk ckp dgn papa (haku ni bab membeli mesti duk depan kikiki), terjumpa sorang ni yg macam familiar. Ohh kwn lama dkt Maher dulu, Abdullah namanya. Skrg belajar dkt sini amek kos Engine kot dah lupa =..= ohh mujur ada dia, dptla kteorg merasa nasi ayam di Jepun ni. Ade 1 kedai nasi ayam dekat Ameyoko ni, orang Nepal punya kedai. Dah beroperasi 5tahun. Kata owner kedai tu, Raja Farah pernah dtg ke gerainya, siap tunjuk bukti lagi hehe. After makan, Abdullah bwk la pegi masjid yg ada dekat Ameyoko ni. Jauh la jugak bg kteorg hahaha, tp bagi mereka yg dah biasa mmg la dekat. Msjidnya bertingkat tingkat and dijaga oleh tuannya, bersih dan terpelihara. baguslah. selesai tu, sambung berjalan lagi utk ke stesen utk blik ke Flexstay Inn.. say byebye moga jumpa lagi n terima kasih hehe.
Sampai di hotel tempat kami menginap, n bagasi2 dah mereka letak siap2 dlm bilik. Kecik je biliknya, tp cukup lengkaplah facilities. Usai solat, terus baring ngantuk letih lah hoii kikiki. 
Mlm tu kami pergi k Ueno utk cari makanan. Huahua. Naik keretapi pergi Shibuya sebab Papa cakap ade 1 kedai yg jual udon (mi) sedap. Cari punya cari x jumpa jumpa. Last2 jumpa1 kedai ni, jual soba (mi diperbuat dr tepung), tp kedainya sangat kecik n xde kerusi ponn. Makan berdiri lah jawabnya. Mmg x pernah dibuat orang tp sbb dah mmg x jumpa kedai yg appropriate, decide lah utk masuk situ. B4 masuk, select order dulu, pun pakai vending machine. Byk je pilihan but yg boleh dimakan hanyalah tempura. Rasanya harga 1 mangkuk 380yen. Pesan 2 mangkuk, Papa 1, saya 1. Dah bila kami masuk n bg resit tu, mmg berdiri lah jwbnya sambil nonton cara pembuatan soba. Allah, tuhan je tahu terkejutnya haku cara dia prepared soba tu. Dy ambek, rendam dlm air panas, pastu tonyoh2 tenyeh2 mcm basuh kain, rendam lagi, pastu bilas dgn air panas pulak pastu baru letak lam mangkuk. Then dia letak sup and tempura, hidang. Berhenti jantung seketika. Hahahah
Papa: arigatou. Oishiii. Sajo ambek hati dia.
Aku: *gelak* *dalam hati doa banyak2*
Makan nya pakai chopstick, no sudu or garfu. Tgn haku ni mmg xleh pakai chopstick at last pakai cara tersendiri hehe.
Papa buat lawak lagi, “gelap hati kito duo ni neez”. Hahaha tp makannya habis. dusdush! Lepas makan, terus balik, tidur.

 26 Oct 2013
orang tgk fon, aku pun tgk fon juga. *while playing candycrushsaga*
Pukul 8 pagi. Harini decide nak pergi rumah kawan Mama, Masako-san. Tapi xtahu camne nk pegi. Hmm I ask papa to Dhuha drpd mengomel x tentu pasal. Right after salam, she called us back. Wow Alhamdulillah. aku rasa hari ni saja 10x ckp dgn Papa psl berkat Dhuha <3.
 Lepas dpt tahu semua info ni, naiklah train bersama luggage, dikira check-out, pergi ke next hotel that is Prince Hotel di Shinagawa. Bungbangbungbang letak beg check-in bagai, naik semula train di Shinagawa Station, pergi ke Chigasaki. Kali ni, tiketnya 590yen seorang, agak jauh la jugak, sejam perjalanan kalau naik keretapi. Sampai kat sana, kluar je dr stesen, Masako-san dah ade tercegat kat situ hehe comel :) so pergi lah ke rumahnye naik teksi. Shes paid for it hmm baiknya, dlm perjalanan ke rumahnya, dia tunjuk la situ apa sebelah ni apa, sana apa. Yg keluar dr mulutku, ohh dan ahh je pastu hangguk pastu sengih tu je. Hahaha apa pon tabole =..=

Sampai kat rumahnya, masuk n duduk di ruang tamu. Hebat x hebat, dah tersedia buah2 atas meja. Pastu berbuallah kteorang pasal family masing masing, hobi, study, dan sebagainya.
Then she prepared lunch, rice mixed with crab n others seafood with soup. Soup nye pulak selain sayur2, aku nmpak abalone. Allahuakbar. Sengih panjang lebar haku ni hehe. Ambek gambar non-stop sebab terlalu excited nmpak abalone =.= kihkih ok sambung makan. Pastu sesi bertukar tukar hadiah. Mama kirimkan songket, baju, bracelets, n mangoes utk dia n family. Pastu dia pulak bg handkerchief and potatoes snack kt mama. Lebih kurang pukul 2, kteorang decide nk g mall x jauh dari rumahnya. Baiknya dia, dia temankan pergi mall, dia tunjuk section kedai yang murah, dia bwk pergi kedai 100yen kat sana, dia carikan Papa tatkala kami sesat, wah so proud of her. say byebye to her n terima kaseh, kami pun balik ke Shinagawa Prince Hotel. 
Malamnya kami mkn seafood noodles, ada terjual di 7eleven berdekatan. Yg ni je boleh beli,oops. Kenyang, tido.

27 Oct 2013
Bangun pukul 6. Masa tu dah cerah. Janji dengan driver yg akan bawa kita ke Motegi pukul 8. Lupa nak mention, bilik kami tingkat 28. Tempat breakfast ada 3 di hotel tersebut. Dia sediakan Japanese and western buffet di GF, Japanese buffet dekat top floor, pastu Chinese buffet tingkat 2 kalau x silap. Bila dah turun bwh tu, Allahu panjangnya orang beratur, naiklah kami ke top floor sebab nk kejar masa. Top floor sgt exclusive. I give 5 star for the service n place sbb dpt tgk view city in Tokyo. Makanan, ehem mcm2 yg Jepun punya..tp yg kami boleh ambil, butter rice, smoked salmon, wedges, and scramble egg. Papa cakap mcm nasi kucing yg bertaraf 5 bintang. Kind of it act haha. sbelum balik, smpat lagi ambik buah2 n roti, best.
Masa tu dah 8.30 pagi. Oops dah terlewat mesti orang Jepun tu dah tercari cari n yes, dekat reception tu ade tercongok dia dengan whiteboard setia di tangan, tertulis ‘MOTO GP’. Bila dah greet each other, masuk van, terus pergi ke Twin Ring Motegi. Journey lebih kurang 2 jam setengah. I spent 2 hours sleeping haha. and Papa terpaksa bersengkang mata berbual dengan Kou-san. Wuhuu. Nk pergi sana kena lalu jalan kampong yg sunyi, at first we thought, “driver ni pakai GPS yg xleh diharap kot sbb masuk kampong siap, pdhal nk g litar..hmm lantak lah” last2 mmg betul hairan bin ajaib lah. 

Dekat sini luas, ade North and South gate. Sampai dekat South gate, dia x bg masuk sbb parking penuh. Pulak dah. Pusing lah balik pergi North gate. Byk beno masalah yg berlaku di sini. Dipendekkan cerita, after dapat ‘pass’ as a guest, kami pun masuklah berjalan jalan sekitar paddock. Bunyi bising motor giler kuat. Tp jalan jugak, ramai betul manusia dekat sini, mungkin mereka minat kot, mybe dyorang selalu datang sini kot, mungkin mereka familiar dgn bikers sini, mungkin mereka bayar tiket mahal2 utk dekat dengan riders kot. Bermacam macam benda dlm otak haku. Yelah, kenalnya pun x, nk cakap minat mmg jauh lah kan. Dah tu kteorang decide lah nk cari riders Malaysia, Zulfahmi and Azlan. Dlm pada tu, aku tgk ade orang ramai duk berkumpul duk berkejar nk bergambar, aku pun turut sama mencelah. Haha ikut lah sape pun janji dpt otograf.  Jalan punya jalan, last2 terjumpa jugak mereka kikiki.
Harini x bertanding lagi sebab harini utk qualifying session. Tu pun postponed sbb hujan n cuaca x menentu. Seharian berjalan di paddock and booth2 yg tersedia di sana, like Bridgestone, Ducati, Yamaha, Air Asia, dan lain lain. Aku paling lama duk sini sbb main game moto dlm ipad yg disediakan. If u got high score, u get free tshirt. Wuhuuu n I got it Alhamdulillah J dah x perlu nk spent 5000yen for a shirt. Hmm. Hehe. Dipendekkan cerita lagi, pukul 4 kami pulang.
Singgah di sebuah kedai kecil di perkampungan utk beli buah2an. Buahnya best sgt, lain rasa dgn buah di Msia, and sedap juga. Buah yg kami beli: anggur, pear, and buah kaki(adik beradik buah oren). Balik and as usual, makan maggi and onagiri. Hee

27 Oct 2013
Harini janji dgn Kou-san pukul 7.30pagi tercegat kat luar dah. Sbb kejar masa, again, makan di top floor lagi, sorry Papa my fault, always lewat hehe. Makan makan, balut roti utk bekal, ambil segala jenis teh n simpan dlm beg, pastu turun masuk van. Sekali lagi I spent half of the time to sleep. Kikiki. Sampai sana, mmg tertumpu terus ke litar utk tgk dyorg beraksi. Kami melewati tempat para pemain and of course singgah di booth Idemitsu, Azlan, utk bagi sokongan. Dah ambek video bagai, pegila cari tempat sesuai utk tgk. Yg semalam pergi x tahu apa, harini pergi tgk with determinations. Hahaha. Kagum barangkali. Tyme tgh seronok tgk mereka tu, ada yang bwk moto jatuh depan mata, kesiannya, lagi kesian elok2 dpt maintain top list, disebabkan jatuh, dpt nmbo last hmm *ok aku mmg focus gila, dah tereksaited sangat haha* papa bersuara, “aii minat tehhh..” hehehe. Hanya mampu gelak, but I think from now on, memang aku pergi lah Sepang tu. Mcm seronok je. Kikiki
We’ve spent half of the days at there. Apa yang dapat aku bgtau dekat sini, its an experience that I will not forget, sampai bila bila. Seronok. Sangat. Hee J pukul 3 kami bertolak balik, and we decide nk g Disneyland. Jammed lah pulakkk. Event start pukul 6, rugilah kalau sampai lambat sebab tiketnya mahal kot. 4900yen for each person. Again, thanks Papa :)

Kami sampai tepat pukul 7.30malam, masuklah dalam sana. Wuuuuu best, tp yang nk marah sangat tyme tu semua kamera habis battery, except my phone.. Kalau nk g sini, mmg wajib ada kamera, x best lah kalau xde kan. Mmg potong stim. Ncet haku pulak buat hal tetibe pulak ‘your SD cards damaged’.  Arghhh tensennn! Masuk je lah kiteorang tgk itu tgk ini. Hehe. Antara yg kami sempat main; Star Tours, captain EO, tgk fireworks, haunted Halloween, and Snow White jer.  Nak bgtahu korang kalau nk g Disneyland, apply lah fast pass ticket, sgt untung berbanding yang standard ni, habis masa dengan beratur saje aiyoo. Papepun, its Daebak! ;)
Balik, makan maggi, and tidur.

28 Oct 2013
Morning. Today is the last day. Harini decide nk breakfast di ground floor, pukul 9.30pagi.papa cakap harini nk breakfast dengan tenang.  Macam biasa, beratur panjang sebab ramai sgt orang kt dlm tuu. Breakfast time pulak tutup pukul 10.30 pagi. Ishh betul2 kacau time aku. Hehe. Masuk dlm hall tu, mmg betul2 besar tempatnya. And orang pulak ramai. Dapat je tempat, kami pun pergi ambek makanan. Senyum lebar je my Papa. Sbb jumpa makanan yg dia nak. Aku pun ambil sama mknn yg dia ambek; Japanese omelet, mackerel, salmon, seaweed, miso soup, and others. Sambil tu aku cilok jugak la something from there hehe. Makan dengan sepuasnya, Alhamdulillah.
Usai makan, kami keluar, naik keretapi pergi Daiba. A place that u should go, suggested by my brother. Mmg kena spent masa seharian kalau nk berjalan di sini. Fuhh lenguh pinggang lutut betis bagai. Kesian my Papa, selalu mengadu letih. Xnak tangga, prefer escalator. Ish3. Ambil gambar banyak gila, jadi lah tu. Antara tempat yg kami lawati; statue of Liberty, Fuji TV, Aqua City, DECKS, mana lagi ye?, and so on. Dekat pukul 2 tu, kami pun balik sebab nk kejar masa jugak utk pergi airport pukul 6. Dalam masa 4 jam tu, mata berat nk tido, tp berkemas lagi penting, bersih diri, dan solat. Kami check-out, n taxi dtg bawak kami pergi Narita Airport.
Pungpangpungpang, naik flight lebih kurang pukul 10 mlm. Makan pun mcm mcm. Best. Tido :)
29 Oct 2013.
3.30 pagi. Landed at KLIA Airport. Golden Lounge x bukak lagi, jadi pergi sambung tido kat surau hehe x smpat qiam kroh3. After Subuh, pukul 6 pagi, pergi duduk kat Golden Lounge, makan sepuasnya hahahahaha. *and again* Its my first time btw, saja nk merasa itu ini. Sgt selesa, hmm 
Pukul 11 pagi, naik flight menuju ke Bumi Kelantan. Safely arrived at 1 tengah hari. Alhamdulillah, n pulang ke Jeli besok harinya :) oh btw bibirku merekah rekah pedihh, mungkin perubahan cuaca sobs
 Itu sahaja, sekian :)
p/s: some of the photos went missing. will update it soon, together with the ibrah(pengajaran) sepanjang perjalanan insyaAllah ;)



4 comments:

  1. kecik nyer tulisan!! ;p hoho. but,keep update..
    *searching the 'ibrah'* hahah

    ReplyDelete
  2. haha alhamdulillah hilang habuk sket. ibrah perjalanan, ibrah perjalanan pleaseee!

    ReplyDelete
  3. hahaha. insyaAllah. after all the 'kekalutan dunia exam' ini settled =..=

    ReplyDelete

terimakaseh kpd kritikan tersebut (: